Wednesday, 20 March 2013

MILF BELIES MISUARI’S CLAIM VS. KL; MALAYSIA WORKS FOR MORO SOLIDARITY



The Moro Islamic Liberation Front (MILF) vehemently belied claims by MNLF Chairman Nur Misuari that the Government of Malaysia had used the MILF to strengthen its claim on Sabah and Malaysia is responsible for promoting disunity amongst Moros.
“This is a total lie and completely fabricated. Misuari has committed a serious sin for making such an irresponsible and callous statement against both the MILF and the Malaysian government. He should rectify and atone for this grave sin.”
This was the immediate reaction of Mohammad Ameen, head of the MILF Secretariat, to Misuari’s latest verbal assault on the MILF and Malaysia carried by Al-Jazeera YouTube and several Malaysian mainstream media in Kuala Lumpur yesterday.

Kelu Tak Terkata : Jangan membuta tuli mengikut telunjuk! Hingga tergadai agama, bangsa, dan tanah air!


HUJAHAN BALAS RINGKAS KEPADA :

INFO: ANTARA SEBAB KENAPA PAS BERKAWAN DENGAN DAP & TOLAK UMNO

Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini:

1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat.

- DAP tidak rasuah? Bagaimana dengan CEC? Bagaimana dengan tanah di Pulau Pinang, Perak dan Kelantan? Bagaimana bekas Naib DAP, Tunku Aziz pernah berkata "Rasuah dalam DAP cukup kuat, cukup banyak?"

Tian Chua : Penjara Sayang Kamoooo

Pak Turut yang Tersungkur

Semua Salah Kerajaan!

Apa dah Jadi pada Abby Abadi?

Busuknya hati pembangkang



Di kala hati ini sedih apabila mengenangkan pejuang-pejuang yang telah gugur di medan juang, teringat kepada manusia-manusia yang rakus memberi kritikan kepada isu yang berlaku di Lahad Datu ini. Adakah mereka sanggup untuk menggantikan barisan-barisan pertahanan negara untuk berjuang mempertahankan tanah air? Jawapan nya ringkas. TIDAK sama sekali, Mereka hanya berani berdiri di belakang dan menjadi barisan pengkritik tanpa apa-apa usaha membantu pejuang kita. Sesungguhnya mereka hanya layak dipanggil pengecut yang hanya pandai bercakap tanpa tindakan! 

Gambar di atas sangat tepat memperlihatkan bagaimanakah sikap mereka yang rakus dan hanya pandai mengkritik tanpa berterima kasih kepada mereka yang telah berjuang berhabis-habisan untuk mempertahankan negara.

Monday, 18 March 2013

'Keistimewaan' Parti PKR @Anwaribrahim Berbanding Parti Lain


'Keanehan' dan kepincangan politik PKR - Utusan

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) sememangnya sebuah parti yang 'aneh'. Ia ditubuhkan bukan atas dasar perjuangan tetapi lahir berikutan perasaan tidak puas hati, marah dan kebencian berikutan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan UMNO pada tahun 1998.

Sejak tarikh berkenaan arena politik negara tidak lagi tertumpu kepada DAP atau Pas, biar pun kedua-dua parti itu jauh lebih berusia.

Percaturan politik pembangkang lebih berkisar kepada apa yang dirancang oleh PKR manakala DAP dan Pas akan bersetuju sahaja memandangkan mereka mempunyai hasrat yang sama iaitu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Sunday, 17 March 2013

SMS Terakhir Wira Negara


Jangan ditahan air mata andainya sebak nenonton video ini...
 Sesungguhnya terharu melihat pengorbanan mereka. Semoga roh mereka akan dicucuri Rahmat olehNya..Al-Fatihah...

Pendirian PAS PIS PUS...



Apakah pendirian sebenar PAS? Ada tiga mazhab yang dipakai? Fikirkanlah wahai rakyat MALAYSIA. Adakah PAS parti yang boleh membawa Malaysia ini kepada negara Islam yang sebenar? Sedangkan di dalam Buku Jingga juga tidak ada sebarang janji yang mereka akan menguatkuasakan hukum HUDUD sekiranya mereka berjaya di dalam PRU 13 nnti. Buat lah pilihan yang bijak! TOLAK PKR!

Saturday, 16 March 2013

PAS tambah 10 kerusi Parlimen Malaysia, je!


Hadi berkata "klu DAP menang semua kerusi blom tentu mereka memerintah Malaysia" Abih tu klu PAS menang semua 76 kerusi tu bleh memerintah Malaysia k? SINAR 17 Mac 2012...Fikir-fikirkanlah. Buatlah pilihan terbaik untuk negara..

Tun Musa Hitam Balas Dendam Pada Tun Mahathir Dengan Buku Jingga?

Tun Musa Hitam pastinya satu-satunya personaliti dari luar Pakatan Pembangkang yang menyokong Buku Jingga.  Sekurang-kurangnya itulah yang dijaja oleh PR mengenai Musa Hitam berikutan kenyataannya di dalam program 'Bicara Minda 'Survival Ekonomi Melayu' yang berlangsung di Karangkraf baru-baru ini. 
Setelah diselidik teks asal, ternyata Tun Musa bukanlah 'membela kitab suci Pakatan Rakyat' itu secara langsung, tetapi Tun Musa hanya 'membela Pakatan Rakyat'. Pakatan Rakyat juga menganggap kenyataan Tun Musa mengenai politik perkauman merupakan sindiran langsung terhadap Tun Mahathir. Dan terbahak-bahaklah mereka, suka mendengarnya. 
Sebenarnya, bukan baru kali ini Tun Mahathir dituduh sebagai bersifat rasis, tetapi sejak dari awal penglibatannya di dalam politik lagi Tun Mahathir telah digelar 'Ultra Melayu' oleh kaum Cina. Semuanya kerana beliau begitu prihatin dan lantang membela Melayu yang dilihatnya ketinggalan dalam semua bidang. Keprihatinan dan kasih sayangnya terhadap bangsanya telah ditafsir oleh kaum Cina sebagai ancaman terhadap kaum mereka dan kaum lain. 

Tanda-tanda tersurat dan tersirat PRU13 sudah menghampiri Kita

1.3.2013 -- Sudah berlalu
8.3.2013---sudah berlalu
15.3.2013----sudah berlalu

semua tarikh diatas sudah melepasi garis waktu dunia...18.3.2013(Isnin) adalah tarikh yang amat ditunggu oleh semua orang..........

Tanda-tanda kecil sudah dampak jelasnya
1.Semua jentera digerakkan untuk kajian sikap
2.Semua program pemutihan sudah dijalankan oleh SPR
3.Semua taklimat pilihanraya sudah dilaksana
4.Semua pelaksanaan dan janji Budget 2013 diTEPATI.
5.Semua proses tapisan selesai
6.Semua pegawai kanan negeri dan GLS sudah ditukarkan..



Tanda-tanda besar 
1.Semua pemimpin negara sudah berada dalam negara.
2.Semua raja-raja sudah berada di negeri daulat masing2
3.YDPA sudah menerima mengadap.
4.Semua pengerusi perhubungan sudah bermesyuarat.
5.Semua ketua editor sudah menghantar reporter dikawasan PANAS
6.OPS Daulat di letakkan dalam kawalan ESSCOM.


Tanda-tanda tersirat
1.Blogger sudah dibekalkan dengan maklumat sulit dan terkini.
2.Semua team PELAKSANA sudah berundur.
3.Semua team GEMPUR mengambil tempat.
4.Semua War Room BEROPERASI 24jam.


Yang masih ditunggu adalah ARAHAN PEMBUBARAN SAHAJA..........

Mari Kita buat sedikit analisis intipati ‘Manifesto Bukan Janji’ PR : Sebelum pergi mengundi PRU 13 nanti.








Mari Kita buat sedikit analisis intipati ‘Manifesto Bukan Janji’ PR : Sebelum pergi mengundi PRU 13 nanti.


1) Islam Agama Persekutuan- Di mana Hudud?
Apakah selama ini BN tidak menjunjung Islam sebagai agama rasmi persekutuan? Persoalan utama, di manakah pelaksanaan huhud yg dicanang-canang oleh PAS? Tiada langsung komitmen ke arah pelaksanaan hudud disebut dalam manifesto ini, adakah PAS terpaksa melupakan asas perjuangan mereka dek kerana tekanan dari DAP dan PKR?

Anjing pun tak suka PKR

Nampak sangat hinanya PKR. Sehingga anjing pun tidak suka pada parti ini. Apa lagi? Tolak PKR!!

Friday, 15 March 2013

PKR - Parti Kencing Rakyat


Tian Chua Should Be Charged And Sentenced

Many could not help but to sigh as they read press statement made by PKR Communications' Director, Nik Nazmi Nik Ahmad who urged official charges made against PKR Vice President, Tian Chua to be withdrawn due to the existence of media manipulation.
Who does he want to lie to? The statement made by Tian Chua which belittles Lahad Datu insident was not even published by Utusan Malaysia, Berita Harian or TV3, it was published in PKR's own portal.
In the article dated March 1, 2013, Tian Chua was quoted saying:
"The intrusion in Lahad Datu was only a drama of the government to intimidate the people to make it seem that Sabah is not peaceful. There is a conspiracy by the Umno government to divert the attention of the Sabah people, particularly from the issue of giving identity cards to foreigners."
Meanwhile, the first paragraph of the article mentioned:-
"The shooting in Lahad Datu is believed to be a planned conspiracy of the Umno government to divert attention and intimidate the people, said KEADILAN Vice President, Tian Chua."
Whoever reads the statements above obviously realize that they belittles the intrusion issue in Lahad Datu. 
Claiming that mainstream media manipulated and twisted Tian Chua's statement is nonsense.
As the country is under attack by Jamalul Kiram III's followers, Tian Chua's comments should not be taken lightly.
Even though Tian Chua is an MP, that does not mean he could make fun of the bloody incident in Sabah. 
Tian Chua's statement shows that he is unpatriotic, it even puts him as a traitor. How can this man be acknowledged as leader!
The charges and trial made against Tian Chua should go on. Anyone who breaks the law in this country, no matter if they are leaders or normal citizens, should obey the law. 

PEMBANGKANG BERSEKONGKOL DENGAN PENGGANAS SULU

Pencerobohan oleh penganas Sulu ke atas kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah menyerlahkan sikap khianat dan bermuka-muka pemimpin-pemimpin pembangkang.

Dalam keadaan keselamatan negara berada diancam bahaya oleh anasir luar mahu menghancurkan Malaysia, pemimpin seperti Naib Presiden PKR mengeluarkan kenyataan yang menghina anggota keselamatan yang terkorban.

Bukan sahaja ia tidak sensitif dan tidak berperikemanusiaan, malah lebih dahsyat ia membayangkan pihak pembangkang akan sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa termasuk melemahkan semangat dan imej perajurit negara.

Mereka juga rela bersekongkol dengan musuh luar dengan tujuan untuk bekerjasama menjatuhkan sebuah kerajaan yang sah dan 
merampas kuasa politik.

Dalam isu pencerobohan di Lahad Datu, pembangkang cuba menangguk di air keruh untuk mendapatkan sokongan undi dan sokongan dengan mempolitikkan isu keselamatan negara.

Secara sedar dan terancang mereka sengaja memburuk-buruk imej pasukan keselamatan negara yang bertungkus lumus dan bertarung nyawa untuk menyelamatkan negeri Sabah daripada terus diserang pengganas.

Pembangkang sebenarnya menggunakan psikologi untuk melemahkan semangat juang perajurit supaya kumpulan penganas mampu mengatasi mereka.

Tidak keterlaluan jika dikatakan pembangkang adalah tali barut yang menjadi musuh dalam selimut untuk menggugat kedaulatan negara. 

Tindakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim membuat pertemuan sulit dengan Nur Misuari, pemimpin kumpulan pemisah Filipina, MNLF adalah bukti bahawa pembangkang bukan sahaja tidak menunjukkan taat setia kepada raja dan negara malah melakukan pengkhianatan.

Pengkhianat seperti Anwar dan Tian Chua tidak boleh dimaafkan sama sekali dan hukuman setimpal seberat-beratnya juga tidak mampu menghapuskan dosa pengkhianatan mereka.

Tindakan pihak polis mendakwa Tian Chua di mahkamah atas tuduhan menghasut berhubung kenyataan menghina beliau adalah suatu yang tepat dan kena pada masanya.

Rakyat Malaysia yang sayangkan keamanan dan mahu melihat negara terus makmur dan maju dalam keadaan yang stabil sudah tentu tidak akan dapat menerima apa yang telah dilakukan oleh ahli parlimen Batu itu.

Sejarah perjuangan politik Tian Chua penuh dengan pengkhianatan dan onar yang mengancam negara.

Bermula dengan tindakan beliau memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui gambar bersama wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu melalui teknik photoshop, ahli politik pembangkang ini terus memporak peranda politik negara.

Beliau juga pernah dituduh mencederakan anggota polis yang sedang menjalankan tugas dan mahu menunjukkan hero dengan berbaring di hadapan trak FRU ketika rusuhan reformasi di Dataran Merdeka dahulu.

Politik Tian Chua dan pemimpin pembangkang adalah bersumber sekolah dan ideologi politik yang menjahanamkan negara.

Mereka berselindung disebalik slogan-slogan yang nampak secara luaran amat baik dan luhur.

Dengan menggunakan istilah yang berhubungkait dengan rakyat, pembangkang sebenarnya menunggang rakyat yang tidak berdosa dan jahil mengenai agenda politik mereka yang bermotifkan kejahatan.

Umpamanya, Nurul Izzah, anak Anwar yang juga kawan baik Tian Chua dan seorang lagi Naib Presiden PKR pernah mencetuskan kontroversi yang memutar belitkan ayat Al-Quran mengenai murtad.

Pembangkang bergerak untuk melemahkan kerajaan dan pentadbiran negara dalam semua bidang bukan sahaja politik.

Ini termasuk agama, sosial, pendidikan, kenegaraan dan juga isu-isu yang menyentuh kedudukan istimewa orang Melayu di sisi Perlembagaan.

Anwar kerap ke Sabah selepas menjadi Ketua Pembangkang dengan menimbulkan pelbagai isu berkaitan hak-hak negeri itu dalam gagasan Malaysia dengan tujuan untuk mewujudkan keadaan gelisah dan marah di kalangan rakyat.

Anwar menjanjikan macam-macam gula-gula politik untuk menarik rakyat Sabah menyokongnya termasuk tawaran meningkatkan royalti minyak daripada 5% kepada 20%.

Terakhir pembangkang menimbulkan isu pendatang asing dan kerajaan mengambil langkah pro-aktif dengan menubuhkan suruhanjaya siasatan untuk menangani masalah tersebut.

Namun Anwar dan pemimpin pembangkang lain menggunakan isu itu untuk menyerang kerajaan.

Akhirnya apabila berlaku pencerobohan penganas Sulu, terdedah siapa sebenar pengkhianat dan dalang merancang pencerobohan tersebut.

ends

Kematian Bala Peringatan Tuhan Untuk Anwar

P Balasubramaniam (PI Bala) yang menjadi antara watak utama dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu diberitakan telah meninggal dunia kerana mengalami serangan jantung kedua.  

Serangan pertama adalah pada 5 Mac lalu iaitu sehari sebelum beliau dijadual berucap dalam ceramah di Parit Sulong, Johor dan dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU) selama empat hari.  Beliau kemudian dirujuk ke Institut Jantung Negara dan dijadualkan menjalani pembedahan dalam masa terdekat.  

Sebelum itu, ketika progam di Bachok, Kelantan beliau dikatakan telah mengadu sakit dada dan gastrik. 

PI Bala baru saja 'dipulangkan' dari luar negara oleh pihak PR bagi membantu dalam PRU-13.  Beliau sebelum ini telah melarikan diri keluar negara kononnya kerana 'diancam' oleh pihak yang bertanggungjawab membunuh Altantuya. 

PR yang terkenal dengan sikap suka mempolitikkan nyawa orang, nampaknya tidak sabar-sabar untuk mempolitikkan kematian Bala.  Ini terbukti apabila sejurus selepas serangan jantung pertama, pihak PR telah pun membuat kenyataan yang membayangkan Bala telah disihir.

Kredibiliti Bala menjadi persoalan penting dalam kes Altantuya memandangkan beliau bukan sahaja telah membuat dua Akuan Bersumpah yang bertentangan tetapi juga didapati mempunyai rekod jenayah ketika bertugas sebagai polis.   Antara jenayah yang dilakukannya turut tertakluk di bawah Akta Penculikan.  Beliau telah diarahkan meletakkan dalam masa jawatan 24 jam.  

Bala menggambarkan dirinya sebagai orang tengah dalam kedua-dua Akuan Bersumpah tetapi mengubah 'watak penting' iaitu yang menyampaikan arahan kepadanya.   Satu-satunya kisah yang masuk akal dan kekal dalam kedua-dua Akuan Bersumpah Bala ialah hubungan Razak Baginda dengan Altantuya serta wang yang diminta oleh Altantuya.  

Bala dikhabarkan telah menerima amanah dari Razak Baginda untuk menyampaikan sejumlah wang RM50,000 kepada Altantuya.   Versi yang lain pula mengkhabarkan jumlah USD500,000 iaitu komisen pembelian scorpene.  

Memandangkan kes scorpene telah terbukti tidak wujud dan Altantuya juga bukan seorang penterjemah dan tidak pernah ke Perancis dalam waktu urusniaga berjalan maka secara automatik kisah komisen tersebut tidak boleh digunapakai lagi.  

Justeru, kita kini berpegang kepada kisah RM50,000 yang diamanahkan oleh Razak kepada Bala untuk disampaikan kepada Altantuya.  Jika benar Altantuya menerima wang tersebut, kenapakah beliau perlu membuat kecoh di pejabat dan rumah Razak?   Ia hanya masuk akal jika Altantuya sebenarnya tidak menerima wang tersebut.  Jika ini benar, maka hanya Bala yang mampu mengesahkannya.  

Maka tidak mustahil, inilah yang menyebabkan cerita Bala berpusing-pusing dan berbelit-belit.  Dan tidak mustahil ini juga yang menyebabkan Bala diserang sakit jantung setelah dipanggil pulang ke Malaysia bagi membantu PR.  

Ini kerana, Bala tahu apa yang benar apa yang tidak.  Dan kita tahu bukan senang untuk menyorok kebenaran dan menyebarkan penipuan secara berterusan, terutama apabila melibatkan nyawa.  Lebih dahsyat lagi jika diri sendiri yang melakukan kesalahan tersebut.

Seluruh dunia tahu bahawa Bala tinggal di luar negara atas saraan pihak yang memusuhi kerajaan.   Ini kerana, Raja Petra yang turut lari ke luar negara telah memuatnaik gambarnya bersama Bala, bergembira bersama peguam-peguam mereka sambil mengutuk dan mengetawakan kerajaan.    

Jika benar Bala diancam oleh pihak di dalam kerajaan, dan jika benar kerajaan begitu korup lagi berkuasa dan kejam sehingga mampu mengawal keputusan mahkamah serta membunuh, bukankah lebih logik jika Bala juga menerima nasib yang sama dengan Altantuya?  Dan kenapa beliau berani pulang ke Malaysia dan berkempen untuk PR?  Malah, ketika meninggal dunia, beliau berada di rumah bersama isteri, dan bukannya bersembunyi kerana bimbangkan ancaman pihak berkuasa yang korup dan kejam seperti yang dituduhnya?  

Jelaslah, bahawa kerajaan tidak terlibat dalam apa jua mainan atau drama yang diceritakan oleh Bala.  Tidak mustahil Bala sendiri yang menjadi kunci semua kekusutan ini.  Altantuya mungkin tidak akan mati jika benar RM50,000 itu sampai ke tangannya.   

Apapun, Raja Petra telah membuat pengakuan bahawa semuanya hanyalah rekaan.  Zulkefli Noordin yang membela tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya juga telah membuat pengakuan bahawa beliau telah diarahkan oleh Anwar untuk memaksa pelanggannya itu mengaitkan nama Perdana Menteri sedangkan ia tidak benar.  Penipuan SUARAM mengenai scorpene dan Altantuya yang telah terkantoi menguatkan lagi bahawa semua ini hanyalah rekaan semata-mata.  

Paling menarik, bapa Altantuya sendiri telah membuat kenyataan bahawa satu-satunya pihak yang berhubung dan cuba membelinya ialah pihak pembangkang, bukan kerajaan.  

4 pihak telah mengesahkan penglibatan Anwar dan PR, maka apakah ini belum cukup untuk kita melihat kebenaran?   Patutlah Bala tidak mampu menghadapi dunia lagi.  

Kita ucapkan Takziah kepada keluarga Bala.  Harapan kita agar PR tidak mempolitikkan kematiannya pula.   Biarlah dia tenang menerangkan kepada Altantuya ke mana perginya RM50,000 yang diamanahkan melaluinya.  

Semoga mereka yang terlibat dalam fitnah ini insaf, bahawa ajal maut boleh tiba pada bila-bila masa dan tidak semestinya menunggu keputusan Pilihanraya. 

Faekah's Open Letter To Tun M: Faekah Needs To Explain Why PAS Sacked Hassan Ali Before She Writes To Tun M - Part 1

Political Secretary to Selangor Chief Minister, Faekah Hussin, has made an open letter to former Premier, Tun Dr. Mahathir Mohamed, to deny his statement saying that Malays' rights as well as the sanctity of Islam could be under threat if Pakatan Rakyat remain in power in Selangor.
Faekah said, the statement is too much, rude, and it shows that Tun Mahathir is far behind in terms of the current political development, other than insulting Religious Institution and King in Selangor.
What is more interesting, Faekah also seem to be concerned that the statement would be a liability to the 1Malaysia slogan promoted by BN.
Faekah began her letter by expressing her utmost respect towards all Sultan as the guardians for the sanctity of Islam, while stressing the status of Klang as a Royal City, the lace where Tun Mahathir made the statement, to show how Pakatan Rakyat respects Malay Royal Institution. She said, PR leaves all matters involving Islam to Selangor Islamic Religious Council and the Selangor Islamic Religious Department without any political intervention.
Faekah brought out evidence for budget in developing mosques, religious schools, KAFA teachers' allowance to strengthen the point of saying that PR does not ignore the sanctity of Islam. Besides that, Faekah also accused Tun Mahathir as being in contempt of religious learning, belittles qiamullail activities but acts like a saint.
Faekah also insulted the word 'mantan' (former) by saying that it is no longer relevant. Who knows which 'ulama' taught her this.
Allah SWT reminded us how before we push aside messages given by the prophet, to learn from history and the consequences for those who did not listen to prophets at their time, how they end up in destruction thanks to their arrogance.
Those who are lost are among those who always ignore history and opinions given by experienced people. It is clear that these kind of people are just a bunch of idiots and arrogant. It is clear that Faekah is one of them.
By looking down upon Tun Mahathir, who is acknowledged as a world-class leader, it is not surprising why Faekah is lost, caused by her stupidity.
We would like to ask Faekah, when did PR ever respect Sultans, or even YDP Agong?
Wasn't it ADUN PKR who blasted Sultan by claiming that the post of Secretary of State (SUK) does not require any consent from Selangor Sultan, and asked the Sultan to just follow the decision made by State Executive Council (SEC)?
If it is true that PR do respect Royal Institution, why did Selangor government fail to follow protocols when not even Senior Government Officials including Chief Minister himself, welcomed the Queen during the launch of International Islamic Songs Festival in July 4, 2010? Selangor government did not even promote the event that the event did not get much attendance?
On April 2010, Sultan Selangor ordered that serious actions should be taken against those who uses mosques for political reasons. However, Sultan's orders were crushed by Nik Aziz in a press conference made the next day, by saying,"Who says we cannot talk about politics in mosques. This is the kind of teachings brought by those Englishmen and practiced by Muslims. Sad, this is politics, this is the work of Western colonialists, separating religion and politics."
This is few of the evidence to show how PR often goes against Sultan. Why would Faekah lie about this, saying as if PR will always defend Malay Royal Institution? Does she think that rakyat do not know that few of DAP's main objective is to abolish Malay Royal Institution> Or she's the only one unaware of this?
So, is it wrong for Tun Mahathir to warn about the dangers of PR for Malays and Islam?
Tun Mahathir is not a religious graduate, but so does Faekah. However, Tun Mahathir should be given 'ulama' title which means 'knowledgeable person', while Faekah is far from getting the title. This is because all the service and wisdom given by Tun Mahathir can be seen clearly, around the country. 
Faekah should understand that not all people with religious credentials cannot be criticized and not all of them are good.
Religious schools during Tun Mahathir's era has proven to be a factory producing stupid extremists which does not even bring any benefit to the country. Sauk and Memali are few of the clear evidence to be used as reference.
What is worse, product of these schools are the ones who destroys all goods. This is because, most of these schools did not teach religion, instead, they brainwash children with political understandings of PR's ally, PAS, which is often misleading.
The basic elements of Islam, values of courtesy, as well as learning worldly things to prepare these children to become khalifah (leaders), were ignored by these religious schools. Thus, even if they memorized all kinds of prayers and the contents of the Quran, we have no choice but to accept the fact the products of these schools are also involved in social issues such as gangsterism, adultery, abandoning babies and even homosexual activities.
These kind of schools should be stopped before the country is filled with people who are confused. Why? Because most of their product often fail to fill requirements to further their studies. And for those who did manage to get through, they would fail halfway in universities.
As for those who studies in countries which suffer the same issue, decides to mix up culture with religious studies.
When they go back to Malaysia, they do not have any credentials to work in any sectors. The only industry they can go is religious-politics. In the end, they had to become religious school teachers, or open up their own school and teach according to what they were taught when they were small.
If Faekah could think a little more, she might just understand that issues involving apostate in Selangor somewhat happens due to the confusion brought by the products of these political religious schools.
Even if Faekah could not see it that far, she does not need to pretend to not know that her boss, Khalid Ibrahim did not think twice to slam the Islamic Religious Department and defended the church when the apostate case was revealed. And Faekah does not need to pretend to not know how Datuk Dr. Hasan Ali, one of the ones who really defend Islam, was pushed from various angles that he ended up getting kicked out from PAS and PR Selangor, just because he wanted to defend Islam.
The issue on kalimah Allah also show how PR is unable to stop threats given by DAP towards Islam. PKR openly support the use of kalimah Allah in Bible even though they know the reason to this is so that it would make it easier for the Christians to convert Muslims. PAS is unable to say much about this, only thing they could do was be nice with DAP and say otherwise in front of their followers and in mainstream media.
We still do not know what is PAS; decision on this matter, because according to Syura Council, the ban is only subjected to PAS members only. DAP or anyone who are not part of PAS, can use kalimah Allah in Bible, or any religious books. However, when asked about the statement, PAS denied it.
That is why, Faekah do not have to look out for numbers to show that PR defends Islam. It would be better if she explain how the increase in budget for those religious schools contributes to the increase in apostate case, and the growing numbers of nightclubs in Selangor.

Apa Itu ESSCOM & Kepentingannya Kepada Sabah


Baru-baru ini Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan kesediaan Kerajaan Pusat & Kerajaan Negeri Sabah untuk menubuhkan kawasan keselamatan khas di Sabah atau pun dikenali sebagai ESSCOM ( Eastern Sabah Security Command).

Insiden pencerobohan di Lahad Datu oleh pengganas Sulu serta pembunuhan ngeri enam orang anggota keselamatan di Semporna baru-baru ini menjadi faktor utama yang mendorong kepada penubuhan kawasan keselamatan khas ini.

Sebanyak lima batalion tambahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan bantuan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan di tempatkan di ESSCOM, manakala lima lagi Balai Polis akan di bina di Sabah bagi memperkukuhkan keselamatan orang awam dan ketenteraman negeri.

Kawasan keselamatan khas ini akan berpusat di Lahad Datu, sementara empat lagi daerah yang termasuk dalam ESSCOM ialah Kudat, Kunak, Sandakan dan Tawau, yang ke semuanya berada di pantai timur Sabah meliputi kawalan ketat sepanjang 1,400 kilometer.

Kawasan yang sebegini panjang dan luas sememangnya terdedah kepada risiko keselamatan dan pembentukan ESSCOM ini menunjukkan Kerajaan Pusat telah mengambil iktibar dari insiden pencerobohan itu sebagai pengajaran berguna.

Usaha menambah baik aspek keselamatan sempadan Sabah ini merupakan langkah pro aktif yang membuktikan keprihatinan Kerajaan dalam menjaga keselamatan rakyat negeri ini. Dari sudut lain, kebanjiran pendatang asing juga akan dapat di kekang.

Kewujudan ESSCOM juga selain bermatlamat untuk membendung pencerobohan di Lahad Datu dari terus berulang di masa depan, di masa yang sama ia meningkatkan keyakinan para pelabur yang sebelum ini telah menjauhkan diri berikutan insiden tersebut.

Sekitar tahun 1970-an dulu di Sarawak pernah wujud Markas Keselamatan Kawasan Rajang (RASCOM) yang terbukti berjaya menghapuskan ancaman pengganas komunis di Sarawak yang kemudiannya diikuti dengan limpahan keamanan dan tumpuan pembangunan ekonomi dapat dilaksanakan.

Justeru itu kewujudan ESSCOM di Sabah juga diyakini mampu mencapai matlamatnya sama seperti kejayaan RASCOM sekaligus mengembalikan semula ketenteraman dan merancakkan semula kegiatan ekonomi di negeri ini.

WONG TAK’S U-TURN ANGERS FOLLOWERS AND PARTIES IN OPPOSITION PACT

DAP is now playing the race card by fielding self proclaimed Himpunan Hijau chairman Wong Tack, popularly known as arson Wong for his famous determination to burn down the Lynas plant if Pakatan wins the 13th general election.

Wong Tack, shyly of course and humbly, accepted the offer by DAP, which at present anger the Himpunan Hijau's committee members who questioned his move because they had promised to stay impartial and non-partisan.

Wong Tack had promised them their fight was only to have Lynas out of Kuantan purportedly to protect the environment and people from the alleged radiation from the processes in the plant.

Now, with much grandeur and pom-pom, Wong Tack raised his hands together with DAP's owner Lim Guan Eng and pledged to serve the people of Bentong, Pahang.

On Lynas? Well, he made an 'about turn' or 'U-turn' just like his boss in the pact Anwar Ibrahim – "we will allow Lynas to operate after the company can prove it is not harmful to humans and environment."

He claimed that this is after "weeks of intense discussion with the group's committee" and "with endorsements from leaders of the civil society, particularly on green issues".

But how come the committee members came out in the Star daily asking Wong Tack why he went into politics when they had agreed to be free of political influence?

So, imagine the 'U-turn' so suddenly…was the thought of being an MP is too attractive for Wong? Or is Wong having the same mind as Guan Eng – racial?

Would a "true environmentalist" use a political platform of an opposition and agreed to back Australian miner Lynas operating a controversial rare earths processing plant, if a new public inquiry proves it to be safe. 

Why wouldn't he stand for the general election on his own as Independent or under green banner (environmental flag) as some of the environmentalists in Europe and Australia did?

And also if he and his group believed there is a need "to change the current regime", why not just throw their support behind the opposition pact instead of being a candidate of chauvinist party?

Why is Wong so adamant about shutting down the Lynas to the extent of saying he was going to burn the plant decided to back a political pact that was willing to compromise their stand on Lynas?

Until today, Wong Tack has never come out with any clarification on what Anwar has said in the interview but instead confirming he was going to contest under DAP ticket for Bentong parliamentary seat.

Whatever Wong Tack had decided, it is obvious many people who stood behind him have now abandoned him, regretting their actions.

And for DAP, fielding Wong in Bentong has stir another friction because the seat was contested by PKR and now PKR is angry, after being openly displaced without any discussion.

The opposition pact is in an obvious state of friction and disagreement on everything not just party's philosophies but even seats distribution.

In reality, the end is near for the parties in the pact to disperse and go on their own strength and in this sense, there is actually no pact, just splinters of opposition trying to survive politically, not aiming for Putrajaya.

Bodohnya, ‘Manila Standard Today’ Samakan Najib Dengan Slovodan Milosevic?

Atty. Harry Roque Jr, seorang wartawan dari Manila Standard Today, mendesak Datuk Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia agar menghentikan konflik bersenjata di Sulu dengan segera atau beliau akan dilihat sebagai setaraf dengan penyembelih orang Islam di Bosnia, iaitu Slobodan Milosevic atau pembunuh rakyat sendiri dengan senjata kimia, iaitu Saddam Hussein.  

Wartawan tersebut juga secara biadapnya menuduh Malaysia tidak mengendahkan hak asasi manusia dalam melindungi hak untuk hidup bagi rakyat Filipina di Sabah serta hak untuk dibicarakan sebelum dijatuhkan hukuman mati.  Seterusnya, beliau mengugut supaya Malaysia berfikir dua kali sebelum melakukan jenayah di bawah Akta Antarabangsa.  

Tulisan Roque ini adalah berdasarkan dakwaan kononnya berlaku serbuan dan pembunuhan rakyat Filipina secara kejam dan tidak mengikut undang-undang dalam usaha membanteras pengganas Sulu di Lahad Datu.  

Harry Roque nampaknya tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai Datuk Seri Najib, Slobodan Milosevic mahupun Saddam Hussein kerana ketiga-tiga mereka ternyata berbeza dari segi karektor, latarbelakang mahupun sejarah negara masing-masing.  

Roque juga nampaknya tidak segan silu memberi pandangan malah 'mengugut' Perdana Menteri Malaysia hanya dengan berdasarkan laporan media lain yang turut memetik 'cerita' dari mereka yang mendakwa sebagai mangsa tanpa terlebih dahulu menyelidik kesahihannya.  

Slobodan Milosevic telah tercatat dalam sejarah dunia sebagai manusia kejam yang melakukan pembersihan etnik ke atas umat Islam di Bosnia.  Beliau telah pun didakwa dan dihukum sebagai penjenayah perang sebelum ditemui meninggal dunia di dalam penjara pada tahun 2006 kerana serangan jantung.   

Milosevic lahir dalam era perang dunia keII.  Ibubapanya telah bercerai sejurus selepas perang berakhir.  Bapanya, seorang padri Serbia Ortodoks telah membunuh diri pada tahun 1962 dan ibunya juga menurut jejak langkah yang sama sepuluh tahun kemudian.  

Latarbelakang yang penuh dengan keganasan secara semulajadinya telah menjadikan Milosevic seorang yang kejam.  

Saddam Hussein pula telah dituduh sebagai bertanggungjawab membunuh sehingga 100,000 puak pemberontak Kurdish dengan menggunakan senjata kimia.   Tuduhan ini tidak dapat dibuktikan dengan jelas sehingga ke akhir hayatnya, seperti juga tuduhan beliau membina senjata pemusnah (WMD).  Ramai yang berpendapat bahawa tuduhan tersebut hanyalah rekaan Amerika.   Saddam ditangkap dan digantung pada tahun 2006.  

Saddam juga mempunyai latarbelakang yang menyedihkan di mana bapanya meninggalkan keluarganya ketika Saddam masih di dalam kandungan ibunya.  Ketika berusia 13 tahun, Saddam kehilangan abangnya akibat kanser.  Saddam yang masih bayi kemudian dipelihara oleh ibu saudaranya sehingga berusia 3 tahun iaitu sehingga ibunya berkahwin semula.  Dari situ, Saddam mendapat tiga abang tiri dan bapa tiri yang tidak melayannya dengan baik.  Semasa berumur 10 tahun, Saddam tidak sanggup lagi tinggal bersama keluarganya dan melarikan diri ke Baghdad untuk tinggal dengan bapa saudaranya.  

Jelas, apa yang berlaku kepada Saddam sewaktu kecil, telah membentuk jiwa yang keras dan kental malah mungkin juga kejam.  

Milosevic dan Saddam, kedua-duanya menepati ciri-ciri manusia yang berpotensi menjadi kejam kerana mempunyai latarbelakang yang tidak normal.   Manusia yang waras tidak mungkin akan secara semulajadi mempunyai jiwa yang keras atau kejam jika mendapat pendidikan yang baik dan dibesarkan dalam keluarga yang normal.  



Dan kerana itulah Datuk Seri Najib cukup terkenal sebagai seorang yang berjiwa lembut.  

Untuk pengetahuan Roque, Datuk Seri Najib lahir dalam golongan bangsawan, di dalam sebuah keluarga bahagia di mana bapanya Tun Abdul Razak ketika itu merupakan Pegawai tinggi kerajaan.   

Datuk Seri Najib kemudiannya dibesarkan sebagai anak Perdana Menteri Malaysia apabila Tun Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri.  Namun, beliau tidak pernah mempunyai masalah kekurangan perhatian atau tidak cukup kasih sayang seperti Milosevic mahupun Saddam kerana ibu Datuk Seri Najib adalah surirumah sepenuh masa, serta ibu yang penyayang.  Tun Abdul Razak juga tidak pernah mengabaikan keluarga dan sering mencuri masa untuk mendampingi anak-anaknya serta memantau pembelajaran mereka.  Tun Razak tidak memanjakan anaknya dengan kemewahan malah menolak permintaan anak-anaknya untuk membina kolam renang di rumah supaya kehidupan mereka tidak terlalu berbeza dengan orang kebanyakan.   Datuk Seri Najib dididik dengan penuh kesopanan dan kesusilaan sesuai dengan darah bangsawannya dan kedudukan bapanya sebagai Perdana Menteri.  

Oleh kerana, Datuk Seri Najib tidak pernah terdedah kepada keganasan sewaktu kecil, maka beliau mempunyai jiwa yang lembut dan prihatin.  Ini terbukti apabila ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab menanganai tragedi Sauk, beliau telah memilih untuk berunding dan memujuk dengan pemberontak sehinggalah mereka menyerah diri.  Pertumpahan darah tidak pernah menjadi pilihan utamanya.  

Beliau juga merupakan watak penting dalam kebanyakan misi keamanan yang disertai Malaysia, termasuk di Bosnia di mana Milosevic merupakan penjenayahnya.  Beliau  juga turut bertanggungjawab membawa perdamaian di selatan Filipina dan baru-baru ini turut berikrar untuk membantu membawa perdamaian di Palestine.  

Jelas, jiwa dan personaliti Datuk Seri Najib adalah berorientasikan 'keamanan' yang mana amat berbeza dengan Saddam dan Milosevic yang merupakan pengganas.  

Justeru, apa yang dibayangkan oleh Roque mengenai Datuk Seri Najib sebagai manusia kejam amatlah menggelikan hati.  Datuk Seri Najib tidak mungkin mampu walaupun untuk menampar mereka-mereka yang giat memfitnahnya saban hari.  Malah, beliau jarang sekali membalas kutukan mereka, kecuali jika sudah terlalu amat keterlaluan, maka beliau akan memberikan penjealasan sebagai serangan balas kepada kutukan tersebut.  

Tentera dan polis Malaysia juga turut membawa semangat keamanan dan keprihatinan yang sama dengan pemimpin kita, Datuk Seri Najib.  Dunia telah menyaksikan bagaimana pasukan keselamatan dan pertahanan Malaysia adalah antara yang paling aktif menyertai misi-misi keamanan di mana saja.  Malah, dalam insiden Lahad Datu juga, kelembutan hati pihak Malaysia cukup terserlah dan terbukti apabila kita memberi ruang yang terlebih dari cukup untuk berunding dan menyerah diri.  

Satu-satunya pihak yang ganas dalam insiden Lahad Datu ialah pihak Sulu.  Mengorek mata, menyembelih dan memotong tangan anggota keselamatan Malaysia adalah sesuatu yang teramat asing bagi tentera dan polis Malaysia kerana 'kekejaman yang keterlaluan' bukanlah satu sifat yang biasa dimiliki oleh rakyat negara ini, biarpun mereka merupakan penjenayah.  Selain itu, tentera dan polis Malaysia, majoritinya berbangsa Melayu dan bangsa Melayu itu telah tercatat dalam sejarah sebagai bangsa lemah lembut iaitu sifat yang membolehkan negara ini kekal aman walaupun penduduk asal terpaksa berkongsi kekayaan dengan bangsa lain, termasuk pendatang asing.  

Jika orang Melayu begitu ganas, kenapa orang Filipina terhegeh-hegeh sanggup bergadai nyawa ke sini?  Kenapa selama ini mereka selamat, hidup aman, tenang dan tidak pernah diganggu?  Kenapa hanya hari ini baru kedengaran cerita berkenaan 'kekejaman' pihak keselamatan Malaysia terhadap mereka?  Kenapa tidak sejak dahulu lagi?  

Mungkin Roque perlu membuat sedikit kajian sebelum menulis kerana nampaknya beliau masih belum layak untuk mengulas apa-apa mengenai isu dunia.  

Anwar Is Malaysia's Biggest Drama Queen

Since the start of Lahad Datu intrusion up until today where security force has been 'cleaning up' remaining Sulu terrorists, the opposition leaders and supporters still keep on playing with the word drama.

Make it through writing or speech, they keep on trying to create a public perception as if the crisis in Sabah is just a political drama. And when their drama does not really go the way they want to and rakyat begin to get mad over it, they start to make dozens of excuses.

This is how PR is, the only thing they know is to belittle others and change everything into politics for the sake of their own political interest. At the same time, they also have enough experience to get themselves out of their mistake.

If we are to look back about 15 years ago, the political drama made by Anwar Ibrahim and the opposition coalition which he leads, uses the same method which they use for Lahad Datu issue where they trigger doubt among public towards BN government, and hope they would gain something out of it.

Back then, the opposition spread a news saying that BN government conspired to kill Anwar by injecting HIV+ blood into his body which then raged the public and most of Anwar's supporters. The whole country went chaotic for a while.

And when the HIV drama subsides and fail to bring down BN government, the opposition then came out with the news saying that Anwar was poisoned with arsenic. Once again triggering chaos to the country, and it gets worse as Anwar's loyal goons made up another story saying that Anwar only has a year to live.

And when blood test was taken, it was proven that Anwar did not have arsenic running through his body, however, as usual, the opposition still spread their propaganda saying that Anwar's life is in danger.

During the whole sodomy trial involving the driver of Anwar's wife, Azizan, Anwar kept up with his drama by putting on neck braces, stuck behind a wheelchair to claim as if he suffered bad injuries.

Some did fall for the drama. But it was later proven to be false as Anwar could walk around and not wear any neck braces while he was in jail, he could even play takraw and table tennis.

Not just that, he also did claim that his life was in danger when the car used by Wan Azizah broke down and was sent to a workshop for a month, for that, he claimed that it was a conspiracy to murder him.

Unable to raise any attention from there, another issue came up, him sodomizing his personal aide, Saiful Bukhari, all of the sudden, Anwar had to hide at Turkey Embassy over the excuse that there is a murder attempt made against him.

That is how Anwar is, he starts all the issues, others had to clean it. 

The crisis in Sabah only points back to Anwar Ibrahim, that is why one of his goons, Tian Chua became one of the first to trigger perception by saying that Sabah intrusion is just a political conspiracy made by the Central Government.

That is how Anwar operates. Malaysia's biggest drama queen.

Anwar Bapa Sandiwara Malaysia

Sejak dari mula berlakunya peristiwa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sehinggalah ke saat ini di mana proses pembersihan giat dijalankan untuk menghapuskan saki baki pengganas Sulu, perkataan sandiwara tidak pernah lekang dari mulut para pemimpin dan penyokong PR.

Sama dada melalui tulisan atau ucapan, mereka cuba mencipta persepsi umum konon segala yang terjadi di Sabah tika ini hanyalah satu sandiwara politik. Bila ia gagal mencapai matlamat yang diingini, sebaliknya mengundang pula amarah rakyat mulalah mereka bersilat lidah mencipta seribu satu alasan. 

Itu kehebatan PR, bijak dalam bab memperlekehkan orang lain dan amat pantas dalam hal mempolitikkan isu demi mencapai matlamat politik kepartian mereka. Di masa yang sama cukup berpengalaman dalam mencipta pelbagai alasan untuk membebaskan diri dari bebanan kesalahan.

Jika diimbas sejarah lama sejak hampir 15 tahun lalu, perihal sandiwara politik sebetulnya amat sinonim dengan Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang yang diketuainya. Modus operandinya sama sahaja seperti Lahad Datu yakni mencetus kesangsian umum terhadap Kerajaan BN kemudian meraih laba politik untuk kepentingan sendiri.

Dulu gerombolan pembangkang yang sama jugalah yang menghebohkan kononnya Kerajaan BN telah berkonspirasi untuk membunuh Anwar dengan menyuntik darah HIV+ ke dalam tubuhnya sehingga menimbulkan kemarahan ramai penyokong reformasi pro Anwar. Kalut ribut satu negara dibuatnya.

Bila sandiwara suntikan darah HIV+ reda dan gagal menyebabkan kejatuhan Kerajaan BN, maka pembangkang menyebarkan pula kisah Anwar diracuni dengan arsenik. Sekali lagi negara dilanda keributan, tambah kalut jadinya bila kuncu-kuncu Anwar menyebarkan cerita sedih kononnya hayat Anwar hanya berbaki setahun sahaja.

Sekali lagi ujian darah dilakukan dan sekali lagi juga terbukti tiada racun arsenik yang mengalir dalam darah Anwar, tapi seperti biasa pembangkang tanpa rasa malu tetap menyebarkan propaganda yang nyawa Anwar dalam bahaya.

Sepanjang proses perbicaraan kes meliwat Azizan, bekas pemandu isterinya, Anwar meneruskan pula sandiwara baru datang ke mahkamah dengan lehernya memakai pendakap leher dan berkerusi roda bagi mencipta gambaran dirinya dizalimi sehingga mengalami kecederaan pada tengkuk dan patah tulang belakangnya.

Ada yang percaya dan yakin dengan kebenaran sandiwara itu sekalipun terbukti semasa dalam penjara Anwar sebenarnya sihat walafiat boleh ke sana ke mari tanpa pendakap leher dan tidak perlu berkerusi roda, hatta boleh pula bermain sepak takraw dan ping-pong.

Bagi yang waras akal dan celik mindanya tentu tertanya, andai benar Anwar pernah disuntik dengan darah HIV+, diracuni dengan arsenik manakala leher dan tulang belakang patah akibat dizalimi, habis siapa pula gerangannya si Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang tika ini yang saban hari aktif meracau berceramah keliling negara tanpa henti? 

Hantu raya belaan Anwarkah? Tentu sekali tidak, kerana memang itulah Anwar Bin Ibrahim yang dulunya sibuk bersandiwara mendakwa diri di racuni arsenik dan disuntik darah HIV+ serta patah tengkuk dan belakangnya. Sihat dan terus aktif sekalipun perangainya makin hari dah nak sama dan hampir serupa dengan perangai hantu raya. 

Dan Anwar ini jugalah yang sibuk mendakwa dirinya dalam bahaya bila mana kereta yang dinaiki Wan Azizah tiba-tiba mengalami kerosakan dan tersadai selama sebulan di bengkel kereta, alang-alang kereta dah rosak maka dikatakannya kerosakan itu akibat konspirasi orang lain untuk membunuhnya.

Gagal menarik perhatian ramai dengan cerita sandiwara kereta rosak, alih-alih bila timbul isu dia meliwat pembantu peribadinya sendiri yang bernama Saiful Bukhari, tak semena-mena Anwar melompat lari bersembunyi di Kedutaan Turki atas alasan ada cubaan untuk membunuhnya.

Anwar yang lantik Saiful jadi pembancuh kopi kemudian di bawanya Saiful ke hulu hilir baik di dalam dan luar negara, Anwar yang memandai toron Saiful, akhirnya Anwar jugalah yang mendakwa ada konspirasi nak membunuhnya selepas Saiful membuat laporan polis dakwa diliwat.

Bijak tak bijak sandiwara Anwar, apa sahaja yang dicipta olehnya, orang lain yang kena tanggung getah nangkanya. Dia yang bijak mencipta sandiwara orang lain pula yang dituduh sedang bersandiwara dan berkonspirasi terhadapnya. Hebat bukan?

Sebab itu bila tiba-tiba sahaja terpancul perkataan sandiwara atau konspirasi politik dari mulut Anwar atau juak-juak balacinya, sejarah lama jangan kita lupakan. Perkataan itu cukup sinonim dengan Anwar dan amat mahir dijayakan oleh juak balacinya dalam usaha mereka untuk meraih kepentingan politik.

Apa yang berlaku di Lahad Datu semuanya menjurus Anwar Ibrahim, sebab itu juaknya yang bernama Tian Chua paling awal terloncat macam beruk cuba mencetuskan persepsi dengan segera menuduh pencerobohan di Sabah itu adalah sandiwara dan konspirasi politik Kerajaan Pusat.

Satu jari tuju pada orang lain, empat jari tuju pada dirinya sendiri. Itulah kebiasaan Anwar, Bapa Sandiwara Malaysia.

Thursday, 14 March 2013

Guru Terlampau!

Seorang guru telah mengeluarkan kenyataan dan kata-kata kesat kepada angkatan tentera kita yang telah gugur di dalam perjuangan Lahad Datu. Tergamaknya seorang guru mengeluarkan kata-kata kesat terhadap wira negara dengan perkataan "anjing kerajaan".

Inilah hasil didikan agama yang telah ditanamkan oleh PAS!

Wednesday, 13 March 2013

YAKINLAH!



Mr. Mansuh musnahkan Malaysia!



Mr. Mansuh musnahkan Malaysia!

Marilah kita tolak Mr. Mansuh. Semuanya ingin dimansuhkan. Apa akan jadi dengan negara?
Semuanya terletak di tangan kita. Tolak MR. MANSUH! TOLAK PAKATAN!

Tuesday, 12 March 2013

2 Jenazah Pejuang Negara Selamat Sampai di Kelantan



SUBANG, 13 Mac -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengaminkan bacaan doa ketika memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail dan Prebet Ahmad Farhan Roslan yang tiba di Pangkalan Tentera Udara Malaysia (TUDM) di sini, hari ini.


foto - BERNAMA